Kanak-Kanak Tiru IS Bakar Rakan Dalam Sangkar


Beberapa orang kanak-kanak di Yaman nyaris membunuh rakannya sendiri apabila meniru gaya anggota IS yang membakar juruterbang Jordan sehingga maut.Sekumpulan kanak-kanak itu dikatakan menyerang mangsa dan seterusnya mengurung mangsa didalam sangkar di sebuah kampung.

Kemudian mereka membakar mangsa,namun penduduk yang berada disitu melihatnya dan menyelamatkan mangsa dari dibakar sepenuhnya.Baru-baru ini masyarakat antarabangssa dikejutkan dengan tindakan kumpulan IS yang membakar juruterbang Jordan hidup-hidup.


Hukuman sebegitu julung kali diadakan dan dirakam seterusnya disebar oleh televisyen dan media antarabangsa.

Kanak-kanak tersebut dikatakan melakukannya selepas mendapat idea dari video juruterbang Jordan tersebut dibakar.Mangsa dikatakan melecur teruk dikaki dan kini mendapatkan rawatan.Mangsa juga mengalami trauma yang teruk akibat kejadian tersebut.

Related Post:

0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Tiru IS Bakar Rakan Dalam Sangkar"

Back To Top