Mungkin ada yang sudah menonton video ini di YOUTUBE, atau ada yang masih belum menyaksikannya. Jom lihat video ini dan skrol tetikus anda ke bawah.
Kalau masih mahu melihat antara gambar gadis Cina dari semenanjung Malaysia ini belajar dan cuba memahami ayat yang selalu digunakan oleh orang Sabah,,bah. Kamu tengok antara perkataan-perkataan yang cuba dia fahami.
BAH
Kadang-kadang sedih juga dengar bila orang yang masih belum fasih guna 'bah' ini di tempat yang betul dan sesuai. Melucukan pun ada..tapi ok bah kan..
ASTAGAH
Yang ini aku tak mahu ulas lebih, nanti ada ustaz dan ustazah segera dari media sosial boikot aku. Ianya telah menjadi ayat kebiasaan yang tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak dan hanya membawa maksud lebih kurang seperti alamak! dan perkataan yang sewaktu dengannya..
ALANG
Alang-alang juga bah kan mau boikot..heheh panas?
On Gi
Err..yang ini serius.. Aku tak pernah dengar, tapi mungkin rakan-rakan cina kita ini faham.. atau perkataan sebenarnya 'okie'
Bah alang-alang kita tinguk dulu ni video.. astagah!
SUMBER ASAL Khabarkinabalu
0 Komentar untuk "(VIDEO) Jom Belajar Cakap Bahasa Sabah"