Doktor jahit tangan pesakit dalam kulit perut


KEADAAN tangan Hernandes yang dijahit di dalam kulit perutnya.
Houston (Amerika Syarikat): Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terpaksa menjahit
tangan seorang lelaki ke dalam kulit perutnya selepas anggota badan itu cedera parah akibat
terkena besi panas.

Tangan kiri Haley Hernandes, 70, melecur teruk akibat dihempap besi panas ketika menggantikan
tayar lorinya pada bulan lalu.
Hernandes berkata, besi berkenaan yang berada di atas lorinya sangat panas selepas seharian
berjemur di tengah panas terik matahari.“Besi itu menghempap tangan saya seperti seterika 
panas menyebabkan kulit dan daging saya melecur teruk,” katanya.Menurutnya, ketika sampai
di hospital doktor memberitahu tangannya sukar untuk diselamatkan kerana kecederaannya terlalu
parah.
Doktor di Hospital Methodist Houston, Anthony Echo memberitahu, sebagai langkah terakhir
pihaknya memilih untuk menjahit tangan lelaki itu di bawah kulit perutnya.
Katanya, teknik itu bukannya asing dalam dunia perubatan, tetapi sangat jarang dilakukan.
“Teknik ini membolehkan tangan yang cedera teruk ini mendapat bekalan darah dari kulit bagi
membantunya sembuh.
“Tangan pesakit itu dibiarkan dalam kulit perutnya selama beberapa minggu sebelum
dikeluarkan,” katanya.
Menurutnya, prosedur itu berjaya menyelamatkan tangan Hernandes daripada dipotong dan lelaki
berkenaan kini menjalani pemulihan.

Related Post:

0 Komentar untuk "Doktor jahit tangan pesakit dalam kulit perut"

Back To Top