Gagal Dapat Kerja, Siswazah Jual Ijazah Dengan Harga RM200 Ribu

Tekanan yang dialami apabila gagal mendapat pekerjaan yang baik biarpun lulusan universiti, membuatkan seorang gadis di Amerika Syarikat bertindak menjual sijil yang dimilikinya.
Stephanie Ritter, yang merupakan graduan Florida State University (FSU) dalam bidang teater, membuat keputusan menjual sijil ijazahnya dengan harga AS$40,000 (RM200,677) di laman eBay.
2BB4EF0000000578-3212996-image-a-5_1440685273666
Ia bertujuan untuk membantu dia melunaskan hutang pengajiannya yang berjumlah AS$40,000 (RM167,164).
Lulus Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2011, Ritter memberitahu portal Buzzfeed, dia kecewa kerana masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan.
Dia sebaliknya kini masih bertugas sebagai pembantu dengan gaji yang sangat kecil.
2BB4DB9500000578-3212996-image-m-10_1440685343338
Stephanie Ritter sewaktu majlis graduasi
“Saya fikir sijil ini akan membantu saya dalam hidup, tetapi rupa-rupanya tidak,” kata Ritter.
Mereka yang membeli sijil ini juga akan memperolehi ‘pengalaman jelajah’, di mana Ritter akan membawa pembeli menjelajah sekitar kampus FSU dan merasai pengalaman seperti mana dialaminya selama empat tahun belajar di universiti itu.
“Kenapa habiskan masa untuk belajar dan peroleh ijazah jika anda boleh beli sahaja?” kata Ritter dalam deskripsi di laman eBay.
0 Komentar untuk "Gagal Dapat Kerja, Siswazah Jual Ijazah Dengan Harga RM200 Ribu"

Back To Top