Hacker Anonymous Malaysia Dah Tak Lagi Anonymos


Awal bulan lepas, satu kumpulan menggelarkan diri mereka ‘Anonymous Malaysia’ telah mengisytiharkan perang internet terhadap Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dengan mengancam untuk menyerang kebanyakan laman web dan sistem kerajaan menjelang hari Kemerdekaan pada 29 hingga 30 Ogos 2015 baru2 ini, menyebabkan ramai orang IT kerajaan yang terpaksa standby tak tidur malam dan berjaga2 untuk menghadapi dan menangkis serangan siber tersebut.



Namun jika merujuk kepada laman web Zone-H yang menyimpan arkib senarai laman web/sistem web seluruh dunia yang pernah digodam, tiada serangan yang berjaya dilakukan terhadap portal atau aplikasi web kerajaan Malaysia pada 29 dan 30 Ogos 2015, kecuali sebelum2 itu dan juga sekali pada 31 Ogos 2015 iaitu laman web JPA Pencen.

Sumber

Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal website kerajaan kena hack ni, tapi lebih kepada cerita kumpulan Anonymous Malaysia yang macam budak2 baru nak up yang baru belajar hack pakai tools kat Internet dah rasa diri macam hebat gila.

Mula2 berita 3 ahli kumpulan 'Anonymous' ditahan reman pada 29 Ogos 2015.

Sumber Berita Harian.

Kemudian keluar lagi berita pada 3 Ogos 2015 mengenai 2 ahli 'Anonymous' ditahan polis iaitu seorang jurutera dan pelajar.

Sumber Berita Harian / FB page PDRM

Serius, diorang ni hack pakai kalkulator ke? Senang2 je kena kesan? Ni bukan hacker tapi script kiddies baru nak up yang mungkin baru belajar ping, traceroute, port scanner, ddos, ssh, backtrack, kali linux dan sebagainya.


Aku tak tahu diorang ni dari geng yang sama, tapi tengok update kat FB page "Anonymous Malaysia Team" ni memang lawak gila. Aku pun tak tahu sama ada diorang memang tak reti hack atau bangang syok sendiri.

Mula2 diumumkan laman web kerajaan dorm.gov.my telah down sebagai bukti mereka berjaya hack laman web tersebut.

Sumber

Kemudian ada la beberapa orang yang mungkin juga budak2 baru nak up yang tak tahu sangat pun pasal komputer dan Internet kecuali Facebook, Youtube, Twitter dan Instagram memberi ucapan tahniah kepada mereka.



Lawaknya bermula di sini.


Seriously, apa kejadahnya domain dorm.gov.my???

Dah website tu tak wujud memang la ko taip dia cakap server cannot be found, bukan sebab kena hack. Aku pun boleh taip kkm.gov.my, keluar server cannot be found lepas tu claim aku dah berjaya hack website Kementerian Kesihatan, padahal diorang guna domain moh.gov.my bukan kkm.gov.my.

Lepas tu bila orang suruh explain apa benda dorm tu tak boleh jawab dan bagi alasan bodoh dan merapu2.

Kah kah kah serius kelakar.

Sebab tu aku tak menaruh apa2 harapan tinggi pun pada orang Malaysia ni, baik dari segi politik ke, sukan ke, hiburan ke, pekerjaan ke, mahasiswa ke, hacking ke, apa2, sebab mostly cuma pandai cakap tapi buat tak reti, takde pencapaian yang hebat tapi syok sendiri. Kalau ada sorang dua yang hebat tu dah boleh dikira ajaib dan sangat luar biasa.

Related Post:

0 Komentar untuk "Hacker Anonymous Malaysia Dah Tak Lagi Anonymos"

Back To Top