Halang remaja ‘dating’ waktu malam


Jakarta: Pentadbir daerah Purwakarta di Jawa Barat bercadang mengharamkan

remaja bertemu pada waktu malam malam dan akan mengahwinkan mereka

yang ditangkap melakukan kesalahan itu.Jika dilaksanakan seperti dirancang

mulai 1 Oktober ini, remaja di daerah yang terletak kira-kira 100 kilometer dari

Jakarta itu tidak boleh keluar bertemu teman lelaki atau perempuan selepas jam

9 malam.Ketua Daerah Purwakarta, Dedi Mulyadi, berkata bagi melaksanakan

peraturan itu, pihaknya akan mengadakan rondaan selain pengawasan melalui

kamera CCTV,“Peraturan ini untuk yang berusia bawah 16 tahun. Mereka yang

ditangkap melanggar peraturan itu akan diserahkan kepada jawatankuasa kampung

untuk kaunseling.“Jika tiga kali melakukan kesalahan itu, jawatankuasa boleh

menyuruh ibu bapa mengahwinkan mereka,” katanya.Namun, tidak dapat

dipastikan bagaimana perkahwinan itu boleh dilaksanakan kerana Indonesia

tidak membenarkan mereka berumur bawah 16 tahun berkahwin.

Menurut Dedi, undang-undang itu boleh menjamin remaja berada di rumah
pada waktu malam, mencegah pergaulan bebas remaja bawah umur serta
remaja menunggang motosikal tanpa lesen serta berbahaya.
Empat remaja perempuan dan dua lelaki ditahan polis Purwakarta kerana menyertai pesta minum arak di daerah itu, tahun lalu. - Foto radar-karawang.com

Related Post:

0 Komentar untuk "Halang remaja ‘dating’ waktu malam"

Back To Top