Lamborghini & Roll-Royce Musnah, Gara-Gara Hasad Dengki

Di Birmingham, England, nasib malang menimpa seorang pemilik agensi kereta sewa mewah, apabila dua kereta mewah miliknya musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu.
Menurut Mirror.co.uk, kebakaran yang melibatkan dua kereta mewah iaitu Lamborghini dan Rolls-Royce benilai lebih USD1.1 juta (RM4.9 juta) itu, dikatakan berpunca daripada hasad dengki.
2B8D4B7F00000578-3205963-image-a-60_1440164505580
Keadaan Lamborghini yang rosak teruk
Pemilik VIP Limousines, Zafron Hussain manawarkan ganjaran sebanyak USD313,89 (RM131,199) kepada sesiapa yang memberi maklumat dan mengesan penjenayah yang bertanggungjawab.
“Saya tidak tahu siapa dengki, memandangkan perniagaan kami berjaya dan baik dengan semua orang.
2B8D4BB400000578-3205963-image-a-59_14401644581122B8D53E300000578-3205963-image-a-58_1440164451255
“Kita tidak boleh beroperasi buat masa ini kerana kerosakan yang teruk dan akan mengambil masa beberapa bulan untuk menyelesaikan tuntutan insurans,”katanya kepada media.
Lebih 40 anggota bomba berusaha untuk memadam kebakaran yang hampir memusnahkan tempat yang menempatkan kereta mewah tersebut.
2B8D54BC00000578-3205963-image-a-66_1440166471889
Menurut pihak bomba, hanya kereta Lamborghini Aventador dan Rolls Royce Phantom sahaja yang musnah, manakala kenderaan lain seperti Hummer berjaya diselamatkan.
Pihak polis kini menyiasat punca kejadian yang kemungkinan berpunca daripada hasad dengki.
0 Komentar untuk "Lamborghini & Roll-Royce Musnah, Gara-Gara Hasad Dengki"

Back To Top