Antara penyebab ibu diserang meroyan (dari perkongsian rakan FB)
- Kematian anak
- Tiada support dari family dalam pantang (ibu bapa suami mentua semua anggap si ibu bukannya Cacat tak boleh buat semua benda sendiri. Rata2 ibu2 ini seawal hari ke 3 dah mandikan bayi sendiri. Angkat air mandian sendiri. Di manakah ehsan kalian?)
- Dianiyai suami (suami mintak bersama dalam tempoh 44 hari, suami pukul isteri dalam pantang, suami berlaku curang )
- Culture shock (tak sangka lepas bersalin bukan mudah nak uruskan keluarga, susu tak ada, rehat tak cukup)
- Sakit bentan yang tidak tertanggung ( terkena hujan, tersepak ibu jari sampai tumpah darah, traumatize birth, tempat czer terbuka)
- Gangguan emosi disebabkan ketidakstabilan hormon (tiba2 gelak, tiba2 nak menangis tanpa sebab, tiba2 nampak lembaga hitam, tiba2 rasa terawang2an)
1001 cerita. Saya terkesima. Ada yang sudah diceraikan sebab gila. Sudahnya anak bawah jagaan keluarga mentua. Si ibu terkontang kanting di wad gila.
Apakah ubatnya? Perubatan moden? Perubatan herba dan perbidanan? Perubatan Islam?
Selagi ketiga-tiganya tidak habis kamu cuba, kamu belum habis berubat. Cari ikhtiar utk sembuhkan ibu/isteri/kakak/adik kalian. Yang bertanya simptom meroyan
Ini dari pengalaman mereka
- Hidup di dunia sendiri
- Tidak mampu kawal emosi
- Menangis gelak tersenyum tanpa sebab
- Jiwa resah kacau bilau
- Berbeza sifat dari anak dara (dulu penyayang, kini pembengis. Etc)
Isteri selepas bersalin. Sepatutnya lebih ceria, lebih rasa complete atau fulfilled. Tetapi jika selepas bersalin, anda menjadi seseorang yang berbeza dan berlainan. Menjadi kebencian. Anda sebenarnya tidak sihat.
Jangan pandang ringan perihal kesihatan seorang wanita yang bergelar isteri. Jika mereka sakit, suami-suami yang benar-benar kuat imannya akan sanggup bersama-sama sehingga akhir hayat.
Hakikatnya, zaman sekarang, isteri sakit. Ada suami lebih suka memilih "makan luar". Jika dikacau anak dara tak apa lagi. Tetapi sudah menjadi trend kacau isteri orang. Mudah katanya, penzinaan berleluasa.
Betapa kuatnya kuasa kesihatan seorang wanita di dalam masyarakat dan betapa perlunya suami sedar, lari dari isteri yang gila kepada wanita yang sihat tidak menamatkan penderitaan anda. Jika isteri anda yang seterusnya anda tidak mampu jaga, maka menjelmalah figura meroyan untuk kesekian kalinya. Meroyan. Ialah penyakit suami juga. Sila terkesan sama.
Jangan pandang ringan perihal kesihatan seorang ibu. Ibu yang gila meroyan sanggup melemaskan si anak. Menikam si anak. Melempar si anak. Dan yang paling ditakuti, menjadi igauan buat si anak.
Anak yang dibesarkan oleh ibu yang tidak stabil melahirkan generasi yang keliru, ketakutan dan pemberontak. Tanggungjawab seorang ibu bukan hanya perlu mengandungkan dan melahirkan anak-anak semata-mata. Tetapi perlu dibesarkan dalam persekitaran yang sihat oleh ibu yang sihat. Tanggungjawab kita ialah SENTIASA CUBA TAMPIL SIHAT DAN WARAS.
Meroyan.
Kupasan dan kajian, dari sudut perbidanan. Saya tak tahu mula dari mana. Tetapi mesti ada mulanya. Ramai mereka di luar sana, jangan tutup sebelah mata. Kasihani mereka, carikan penawar selagi mampu. Selagi ada
0 Komentar untuk "'ISTERI MEROYAN IALAH PENYAKIT SUAMI JUGA'"