Misteri Tetamu Tak Diundang Di Hari Jumaat

 




Hari minggu cadang nak bangun lambat sikit, tambah pulak hujan selepas subuh. Memang
selimut macam mayat la jawabnya. Tengah syok mimpi, diganggu pulak dengan suara
nyaring yang tak henti-henti kat depan rumah. Potong stim betul! Bukak pintu, rupa-rupanya
suara tu datang dari tetamu yang tak undang - anak burung yang bertenggek atas kereta kesejukan.












Terketar-ketar menahan kesejukan sambil berteriak memanggil ibunya. Kesian pulak aku
tengok. Ingatkan bila dekat, anak burung ni akan lari. Sempat pegang dan tengok...hurmmm..
patutlah, bulu pelepah pun baru nak tumbuh. Separuh badan basah kena tempias hujan.
Mujur takde kucing yang berkeliaran time tu. 











Masih lagi mengigil kesejukan walaupun berada dalam pelukan tangan. Sayu je
tengok mata dia. Bawak masuk dalam rumah dan letak bawah kipas nak bagi
kering dulu bulunya sebelum dilepaskan. Kecik-kecik dah berpisah dengan ibunya :(

Related Post:

0 Komentar untuk "Misteri Tetamu Tak Diundang Di Hari Jumaat"

Back To Top