Kecoh satu Malaysia dengan gadis bernama Nurul Hidayah Ahmad Zahid kerana tiba-tiba sahaja gadis ini muncul dengan komen-komen yang agak tajam kepada peserta BERSIH.
Sebab-sebab mengapa beliau diberikan gelaran Dato’ menjadi pertikaian netizen.Rasanya Dato’ Nurul Hidayah juga patut mendengar apa yang diluahkan oleh pendebat terbaik Asia ini. Bukan calang-calang orang pemuda ini.
Menurut Syed Saddiq dia menghormati hak bersuara yang dilaungkan Nurulhidayah namun rakyat Malaysia yang lain juga punya hak.Mereka yang turun mengikuti Bersih juga mempunyai kebebasan bersuara namun ianya diisyhtiharkan sebagai haram.
Tambahnya lagi 1.3 juta kakitangan kerajaan juga punya kebebasan bersuara namun diugut dengan tindakan disiplin.Tan Sri Muhyiddin dan rakan politiknya turut dihukum sedang mereka bercakap demi kebaikan rakyat.Hal ini juga berlaku kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir yang dipanggil bagi dilakukan siasatan.Semua orang punyai hak kebebasan bersuara namun adakah mereka betul-betul mendapat hak tersebut? Anda nilaikan.
0 Komentar untuk "Pendebat Terbaik Asia Syed Saddiq vs Ikon Belia Nurul Hidayah"