Punca Ibu Mengandung Ini Disepak Hingga Pengsan Dengan Tangan Terikat Ditiang


Gara-gara mencuri, seorang wanita yang sarat mengandung telah dihukum dengan begitu kejam apabila tangannya diikat di sebatang tiang dan dipukul sehingga pengsan.

Kejadian yang berlaku di perkampungan Zhejiang, China ini dikatakan wanita berkenaan telah mencuri wang sebanyak RM600 di sebuah rumah di situ hujung bulan lalu.

Memetik laporan portal Shanghaiist, wanita yang merupakan penduduk kampung berkenaan telah memulangkan kembali wang tersebut kepada tuannya dan dikatakan mereka telah ebrjanji tidak akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut kerana sarat mengandung.

Bagaimanapun penduduk dikatakan telah membuat keputusan lain selepas wanita berkenaan kembali ke kampung tersebut 10 hari kemudian di mana dia telah ditangkap, diikat dan dipukul.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai netizens dan mereka mengecam tindakan tidak berkeperimanusiaan tersebut kerana wanita itu sarat mengandung.

Pihak polis dikatakan telah mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab memukul serta membelasah wanita itu ditahan selama 8 hari dan dikenakan saman sebanyak RM200. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Punca Ibu Mengandung Ini Disepak Hingga Pengsan Dengan Tangan Terikat Ditiang"

Back To Top