Tindakan Guling Kerajaan Haram, Kata Mufti Perak

Image via Utusan Online
Hukum menggulingkan kerajaan memerintah adalah haram di sisi agama Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara itu ditekankan kerana kerajaan sedia ada telah diberi mandat secara sah oleh rakyat melalui cara yang sah.
“Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tetapi tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak melakukan tindakan sedemikian.
“Dan disebabkan itu diwajibkan bagi setiap umat Islam untuk menasihati pemimpin dan tindakan menasihatkan pemimpin zalim itu adalah jihad terbesar,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan bahawa terdapat usaha dan gerakan individu tertentu untuk menggulingkan kerajaan.
Najib+Zahid
Sementara itu, ‎tambah Harussani lagi, usaha menasihati kerajaan juga telah dilakukan pihaknya melalui penubuhan Majlis Ulama dan Umarak dimana keanggotaannya terdiri daripada menteri dan para ulama.
“Setiap tiga bulan sekali kita akan bertemu dan pada pertemuan itu banyak pandangan dan nasihat dilontarkan,” katanya.
Beliau berkata, pandangan yang dikeluarkan oleh Majlis Ulamak dan Umarak itu juga kebanyakannya diterima dengan positif oleh kerajaan.
“Alhamdulillah, setakat ini, pelbagai perkara yang kita lontarkan itu diterima dengan baik dan respon daripada pihak kerajaan juga bagus,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, beliau berharap pimpinan negara melaksanakan tanggungjawab dengan amanah sepertimana yang telah digariskan dalam Islam.
“Jika tidak, setiap daripada mereka akan dilaknat kehidupannya di dunia mahupun di akhirat,” katanya.
Sinar Harian
0 Komentar untuk "Tindakan Guling Kerajaan Haram, Kata Mufti Perak"

Back To Top