10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia

Ketika kita sedang makan di restoran, antara paparan yang selalu kita lihat adalah TV dengan tayangan drama atau pun berita. Namun perkara tersebut pastinya berbeza di seluruh negara. Kali ini, kami mahu kongsikan 10 restoran yang paling pelik di seluruh dunia.

1. Kafe Kucing, Japan



10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia_01
Bab kafe kucing ini (yang mula popular di Jepun), kami rasakan paras kepelikan dia sudah makin menurun kerana sekarang sudah banyak kafe berkonsepkan kucing sudah dibuka. Makan kedai tomyam tepi jalan pun ada kucing apa. Gurau saja.

2. Kafe Bencana Alam, Sepanyol

DSC00057
Kami tidak tahu berapa jumlah keuntungan kafe yang terletak di Sepanyol ini. Patut duduk elok-elok makan, ini hendak juga merasa makan dalam gempa bumi. Kami kongsi video makan di restoran tersebut dalam video pendek ini.


3. Fortezza Medicea, Italy

10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia
Ini merupakan tempat makan yang kami tidak akan jejakkan kaki. Ingin tahu sebab apa? Sebab di sini anda akan dihidangkan makanan di dalam penjara dengan sudu garfu plastik. Anda tahu bukan, di dalam penjara tandas juga disediakan di dalam satu bilik yang sama tanpa ada penghadang?

4. Heart Attack Grill, USA

Restoran ini hadir dengan slogan Fighting Anorexia Since 2005 dan jika anda ingin lihat menunya boleh klik di sini. Sudahlah burger yang dihidangkan gemuk-gemuk dan kolestrol tinggi belaka, siap ada hidangkan rokok sekali. Memang pakej heart attack sungguh.

5. Modern Toilet, Taiwan

10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia_05
Anda makan di sini, anda akan makan dalam mangkuk tandas – dalam saiz yang kecil. Restoran dengan konsep yang sama sudah dibuka di Sunway Pyramid jika tidak salah kami. Anda memang pelik jika mampu makan di sini. Tahniah.

6. Ninja New York, USA

10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia_06
Jika anda sudah biasa makan steak ada orang hantarkan dengan uniform yang kemas atau seragam, di sini para ninja yang lincah akan hidangkan steak anda. Kami tidak tahu sama ada ninja di sini kerja separuh masa atau full time.

7. O.NOIR, Kanada

10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia_07
Anda boleh dapatkan pengalaman makan dalam gelap di sini. Menurut pengusaha restoran ini, apabila anda makan dalam gelap, ia akan meransang deria lain supaya lebih sensitif termasuklah deria rasa. Terpulanglah mahu makan macam mana, sebab kami kalau tengah tiba-tiba blackout, memang bersepah lauk pauk jadinya.

8. Safe House, USA

10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia_08
Sudahlah lapar, kemudian datang ke restoran yang bertemakan ala-ala pengintip ini, anda perlukan password rahsia untuk masuk. Ia juga mempunyai beberapa pintu masuk dan pintu keluar yang berbeza-beza. Jika makan mamak lagi senang, buat bunyi guna bibir pun mereka sudah faham.

9. Twin Star Diner, Rusia

10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia_09
Restoran ini hanya memggajikan pekerja yang ada kembar. Kiranya nanti anda akan dilayan dengan pasangan kembar ketika berada di restoran ini. Dilayan untuk hidang makanan ya, jangan fikir lain pula.

10. Robot Restaurant, Jepun

10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia_10
Jepun merupakan tempat yang penuh fantasi dan orangnya juga sangat obses kepada perkara tersebut. Restoran Robot menghidangkan pelbagai hiburan berasaskan robot dan pastinya ia turut melibatkan wanita comel. Kakak yang sudah berkahwin itu, jaga-jaga suami anda jika berkunjung ke Jepun, okay?
Apa pendapat anda mengenai perkongsian ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Ini pula video antara tempat menarik ketika kami berada di Jepun baru-baru ini. Jom tengok.


0 Komentar untuk "10 Restoran Paling Pelik Di Seluruh Dunia"

Back To Top