2 gambar kereta porsche terbabas di Jambatan Pulau Pinang

2 gambar kereta porsche terbabas di Jambatan Pulau Pinang

2 gambar kereta porsche terbabas di Jambatan Pulau Pinang | Seorang lelaki yang memandu kereta sport, Porsche tidak cedera walaupun kenderaannya rosak teruk selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 8.0 Jambatan Pulau Pinang, petang tadi. Dalam kejadian itu jam 2.45 petang, pemandu kereta sport mewah terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Seberang Perai menuju ke pulau.

NEWS
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kemalangan berlaku apabila kereta Porsche yang dipandu lelaki itu hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah sama. “Kedua-dua kenderaan itu datang daripada arah sama dan kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.
“Setakat ini kita difahamkan kedua-dua mereka termasuk wanita yang memandu Proton Wira itu tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.
0 Komentar untuk "2 gambar kereta porsche terbabas di Jambatan Pulau Pinang"

Back To Top