Lelaki ‘berenang’ atas bumbung kereta




Moscow: Seorang lelaki di sini mempunyai cara tersendiri untuk melindungi kereta kesayangannya daripada rosak akibat ditimpa hujan batu.
Satu rakaman video yang viral di Internet menunjukkan lelaki itu berbaring di atas bumbung keretanya dan terus menggerakkan tangan dan kakinya seperti sedang berenang.

Lelaki itu menggunakan badannya melindungi kereta daripada rosak akibat ditimpa hujan batu berkenaan.
Tindakan pelik lelaki itu dirakam jirannya sebelum video itu dimuat naik ke laman sosial Facebook baru-baru ini.
Video itu menjadi viral dan ramai pengguna laman sosial mempersoalkan tindakannya itu yang dianggap kurang bijak.
Walaupun tindakan lelaki itu mungkin tidak berjaya melindungi keretanya, tetapi dia mempunyai sebab kukuh untuk bertindak demikian.
Pada Jun 2012, hujan batu sebesar bola golf melanda sebahagian daerah East Midlands di Britain menyebabkan ratusan kereta dan rumah rosak.
Tiga penduduk dirawat di hospital selepas cedera di kepala akibat terkena hujan batu itu

GAMBAR menunjukkan lelaki berkenaan meniarap di atas bumbung keretanya.
0 Komentar untuk "Lelaki ‘berenang’ atas bumbung kereta"

Back To Top