Lelaki Mengaku Bersalah Tampar Pekerja Bangladesh, Didenda RM5000



Shah Alam: Seorang ahli perniagaan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas  kesalahan kerana mencederakan pekerja premis mencuci kereta di Kampung Baru Subang, minggu lalu.

Mohd Risamuddin Ab Wahab, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ellyana Razali.

Berdasarkan fakta kes, dia didakwa dengan sengaja telah mendatangkan cedera parah iaitu patah di bahagian hidung kepada Shaheb Ali dengan menggunakan tangan pada 17 Oktober lalu jam 12.45 tengah hari.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Master Clean Car di No 30 H tingkat bawah Jalan Dinar FU3/F Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang.

Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk Mohd Risamuddin membayar kompaun RM5,000 mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Ellyana kemudian mengarahkan tertuduh membayar kompaun RM5,000 kepada majikan dan mangsa pada hari ini.

Bagaimanapun kedua-dua pihak telah diarahakan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media serta tidak boleh mengambil tindakan sivil sesama mereka.

Mohd Risamuddin turut diperintahkan memohon maaf kepada mangsa dan majikannya di dalam mahkamah.

Mohd Risamuddin kemudian ditahan Ahad lalu di Damansara selepas pemilik premis car wash berkenaan telah membuat satu laporan polis selepas salah seorang pekerjanya telah dipukul oleh lelaki berkenaan kerana tidak berpuas hati. - Oh Mak !
0 Komentar untuk "Lelaki Mengaku Bersalah Tampar Pekerja Bangladesh, Didenda RM5000"

Back To Top