Mahu saman kerajaan



Pekanbaru: Lebih 52 ribu penduduk di Riau mendapatkan rawatan untuk pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada jerebu tebal yang melanda wilayah itu.
Pejabat kesihatan Riau melaporkan dari 29 Jun hingga 5 Oktober lalu 52,536 penduduk jatuh sakit akibat jerebu.

Pegawai media pejabat kesihatan Riau, Rozita memberitahu, ramai pesakit itu diserang penyakit jangkitan saluran pernafasan akut, jangkitan paru-paru, lelah, gatal pada mata dan kulit.
Katanya, 47,836 menghidap jangkitan saluran pernafasan, 847 menghidap jangkitan paru-paru, 2,213 menghidap lelah, 2,880 menerima rawatan kerana sakit mata dan 3,760 akibat sakit kulit.
“Data ini kami kumpul daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di 13 daerah dan bandar di Riau,” katanya.
Menurutnya, bandar itu sahaja terdapat tujuh pusat kesihatan dan satu pusat pemindahan untuk penduduk yang terjejas akibat jerebu.
Kebanyakan penduduk yang datang ke pusat rawatan itu mengadu sesak nafas dan sakit mata.
“Saya datang ke pusat kesihatan kerana setiap hari sakit kepala dan badan lemah.
“Doktor memberitahu penyakit itu akibat menghirup asap terlalu lama,” kata seorang penduduk.

0 Komentar untuk "Mahu saman kerajaan"

Back To Top