Polis Cantik Jadi Sensasi Di Korea

23.jpg

SEOUL 1 Okt. – Seorang model bikini jenama Maxim, menjadi perbualan hangat di laman Instagram di Korea Selatan, sejurus dia memuat naik gambarnya berpakaian seragam polis menerusi laman sosial Instagramnya.
Menurut Daily Mail, Kim Miso, 25, turut digelar sebagai polis wanita paling cantik di Korea Selatan.
2
Sebelum ini, Kim Miso dikenali sebagai seorang model dan peserta pertandingan ratu cantik, Miss Maxim Korea 2014, tetapi kini telah menukar kerjaya menjadi seorang anggota polis.
Laman web Korea Dispatch melaporkan, Kim Miso memuat naik gambarnya memakai pakaian seragam polis di laman Instagramnya, baru-baru ini.

2
Gambar tersebut menjadi perhatian ramai pengguna Internet di Korea berikutan ramai yang memuji kerjaya baharu Kim Miso dan bentuk tubuh serta wajahnya yang cantik.
Disebabkan ramai pengguna web yang berkongsi gambar tersebut, Kim Miso, sekali gus mendapat gelaran sebagai anggota polis wanita tercantik di Korea Selatan, menurut media Korea.
Gambar-gambar dia berbikini dan juga pos seksinya juga telah dimuat naik bersama gambarnya berpakaian seragam polis.
Pusat Akademi Polis Korea Selatan mengesahkan bekas model itu telah berjaya menamatkan latihan dan kini ditugaskan di sebuah jabatan polis di Seoul.
0 Komentar untuk "Polis Cantik Jadi Sensasi Di Korea "

Back To Top