SAYA BUKAN ANTI LELAKI - IZREEN AZMINDA


Kuala Lumpur – Pelakon Izreen Azminda mengakui kehidupannya kini bahagia meskipun tanpa insan bergelar suami mahupun kekasih di sisi.

Bagaimanapun kata ibu anak satu ini tidak bermakna dia seorang yang anti lelaki. Cuma buat masa ini dia belum terbuka hati menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki ‘

“Saya belum mahu ada sebarang komitmen yang begitu serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Setakat berkawan sahaja bolehlah tetapi kalau nak lebih-lebih, saya angkat kaki.

“Saya bukan anti lelaki. Tetapi saya tidak akan buka sedikitpun ruang cinta dalam hati saya ini kepada mana-mana lelaki buat masa ini.

“Sebab apabila ada teman lelaki nanti, saya rasa lebih susah pada diri sendiri. Saya ini pula kalau bercinta memang akan ‘cinta mati.’

“Kalau tengah hangat bercinta, masa dan fokus saya hanya pada teman lelaki, nanti yang lain-lain semua ke laut. Jadi, bila tiada sesiapa yang istimewa, saya rasa lebih tenang dan gembira,” jelas Izreen seperti yang dilaporkan Mangga Online.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 30, pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Riza Baharuddin, 32, pada 31 Ogos 2012.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar, 2.

Selepas bercerai, Izreen pernah dikaitkan bercinta dengan Amar Baharin sejak gandingan mereka menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan Fahrin Ahmad sewaktu sama-sama bergandingan menerusi drama Eksperimen Cinta.
0 Komentar untuk "SAYA BUKAN ANTI LELAKI - IZREEN AZMINDA"

Back To Top