Breanna Youn mempunyai peminat di seluruh dunia dan di gelar Instagram Princess. |
Seorang kanak-kanak comel berusia lima tahun bernama Breanna Youn, telah mencetuskan
fenomena di laman sosial Instagram sehingga digelar "Instagram Princess" selepa mempunyai
lebih dari sejuta pengikut seluruh dunia di laman Instagramnya hampir menyamai pengikut
di Instagram Cameron Diaz. Breanna berdarah separuh Filipina dan Korea.
Kerana populariti yang diperoleh ini telah mengubah kehidupan gadis ini dan keluarganya
apabila sudah mampu hidup mewah. Dari tinggal di rumah yang sempit kini mereka sudah
mampu mendiami rumah mewah selepas menerima tajaan dari pelbagai jenama terkenal
seperti Louis Vuitton, Chanel dan barangan kemas Tiffany.
Aksi-aksi Breanna bercakap bahasa arab yang diajar ibunya telah menarik beberapa kenamaan
dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari gambar-gambar comel yang dimuat oleh ibunya di
Instagram. Satu pertemuan telah diaturkan oleh kenamaan dari UAE tersebut dan dibiayai oleh
mereka semua iaitu tiket penerbangan kelas bisnes Breanna sekeluarga ke Dubai. Selain itu,
Breanna sekeluarga diberi tempat tinggal percuma seumur hidup di hotel lima bintang sejak
Mei lalu dan menaiki limusin untuk bersiar-siar di UAE.
Dari kejadian tersebut instagram Breanna telah mendapat perhatian dari ramai orang
sehingga sekarang melebihi sejuta pengikut.
Menurut Jocelyn, mereka sekarang telah berpindah ke UAE dan memeluk agama islam. Ibunya
tidak tahu apa kelebihan anaknya kerana apa yang dimuat naik ke instagram adalah hanya
gambar Breanna menangis dan tersenyum.
“Breanna cuma suka tersenyum dan mungkin ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan
orang lain suka padanya dan apabila berada di hadapan kamera, dia akan bergaya secara spontan.
“Di Korea, Breanna mendapat perhatian kerana rupanya yang comel, tetapi di sini, mereka
mahu bergambar bersamanya kerana mengenali anak saya melalui Instagram,” kata Jocelyn
kepada portal berita Mail Online. Kini Breanne boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Inggeris,
Korea, Tagalog dan Arab. Dia turut mempunyai beribu-ribu pengikut di Malaysia,
Singapura, Indonesia dan Arab Saudi.

0 Komentar untuk "(20 Gambar) Kisah Budak Comel Yang Popular Di Instagram !!!"