Kamal Adli kecewa kerana disebabkan Zizan Razak dan Emma Maembong, namanya digugurkan dari Filem Sekuel Abang Long Fadil


Berikutan daripada Kamal Adli Digugurkan Dari Filem Abang Long Fadil Didedahkan, Kamal Adli kini tampil membuka mulut.

Pelakon Kamal Adli menyatakan rasa terkilan dengan tindakan penerbit filem Abang Long Fadil iaitu Datuk Yusif Haslam yang mengambil keputusan untuk menggugurkan namanya daripada terlibat dengan karya sekuel itu.

Selain sudah mengosongkan slot jadual penggambaran sejak setahun lalu, beliau telah membuat persiapan diri dari segi fizikal bagi filem tersebut malah amat menyukai karakter yang diberi.

“Tipulah kalau saya kata saya ok. Jujurnya saya kecewa kerana saya sudah ‘lock’ tarikh penggambaran setahun lalu.

“Tambah pula saya bersenam dan membuat latihan kecergasan untuk tampil bertenaga dalam filem berkenaan. Malah saya sukakan karakter yang diberi itu,” katanya.

Pada Khamis, Yusof yang mewakili syarikat penerbitannya iaitu Skop Production mengesahkan di sebuah portal bahawa dia sudah menggugurkan nama Kamal bagi filem sekuel Abang Long Fadil.

Pengguguran itu dibuat bagi mengelakkan konflik antara Kamal dan Zizan sepanjang penggambaran berlangsung.

Difahamkan, kedua-dua selebriti itu mempunyai konflik antara satu sama lain gara-gara perasaan iri hati Zizan yang berhubungan rapat dengan bekas kekasihnya, Emma Maembong.

Sementara itu, Kamal Adli menyifatkan penggugurannya dalam filem berkenaan mempunyai hikmah tersendiri.

“Saya anggap perkara itu tidak ada rezeki dan tidak mahu bercerita panjang.

“Lebih baik saya fikirkan masa depan dan kerja-kerja lain yang akan dilaksanakan. Walaupun kecewa, saya cuba mengambil pendekatan untuk berfikiran lebih positif” tegasnya.
0 Komentar untuk "Kamal Adli kecewa kerana disebabkan Zizan Razak dan Emma Maembong, namanya digugurkan dari Filem Sekuel Abang Long Fadil"

Back To Top