Kerajaan akan pertimbang untuk HARAMKAN penggunaan rokok VAPE

Kuala Lumpur – Kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vapor dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.


Kerajaan akan pertimbang untuk HARAMKAN penggunaan rokok VAPE
Kerajaan akan pertimbang untuk HARAMKAN penggunaan rokok VAPE
Katanya kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan.

“Kita (kementerian) jangkakan pelbagai akta boleh diguna pakai di bawah kementerian tertentu dan kita akan pilih akta yang bersesuaian.


“Penggunaan vapor ini perlu dihentikan penggunaannya sebelum ia menjadi suatu masalah yang lebih besar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui entri laman Facebooknya mengesahkan bahawa penggunaan rokok elektronik adalah haram kerana mengikut hukum Islam, penggunaan vapor itu sama seperti rokok sebenar yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Dilaporkan juga sebelum ini, beberapa pakar kanser berpendapat tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap kanser disebabkan wap nikotin mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik.

Justeru itu, pelbagai pihak termasuk Majlis Perubatan Malaysia (MMA) telah menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan vapor kerana didapati mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
0 Komentar untuk "Kerajaan akan pertimbang untuk HARAMKAN penggunaan rokok VAPE"

Back To Top