Kes Bunuh, Bakar : Penduduk Setempat Bimbang



TAPAH, 4 Nov. - Berikutan kes pembunuhan empat individu di Tapah yang mengejutkan Malaysia baru-baru ini, penduduk setempat menjadi bimbang dengan keselamatan mereka sehinggakan mereka takut untuk keluar ke pekan.

Susulan kes, empat sekeluarga di tahan di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang disini.

Seorang doktor swasta, Dr Bajan Singh berkata sejak tersebarnya kes itu, orang ramai tidak keluar ke pekan kerana bimbang akan keselamatan.

Sejak kes ini tersebar, orang ramai tidak lagi ramai keluar ke pekan terutama pada waktu malam. Mereka jadi takut sebab ini kali pertama kes seperti ini terjadi di sini,” katanya memetik laporan dari Utusan Online.

Menurut beliau juga, dia mengenali salah seorang dari mangsa yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Chenderiang sejak 25 tahun lepas. Kali terakhir dia berjumpa mangsa di sebuah klinik pada 20 Ogos lalu.

Mangsa datang dengan anak lelakinya kerana mahu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk melanjutkan pelajaran di India. Masa saya jumpa dia, tiada perlakuan pelik atau dia ada masalah dengan sesiapa,” katanya.

Dr Bajan juga berkata sejak tersebarnya berita kehilangan mangsa, beliau menganggap mangsa terlibat dalam kemalangan atau masalah jantung namun sebaliknya yang berlaku.

Kami mencarinya di merata tempat terutama di ladang sawit tempat dia memotong buah namun tidak jumpa. Dia hilang begitu sahaja sehinggalah mendapat berita yang dia antara mangsa pembunuhan kejam ini,” katanya

Seorang lelaki berusia 31 tahun yang tidak mahu namanya dikenali berkata anak lelaki suspek mudah marah sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu bapanya.

Apabila anaknya nampak orang memarahi bapanya, dia akan pukul orang itu. Dia memang panas baran tetapi kami tidak pernah berbual sebab dia banyak diam,” katanya.

Menurut beliau juga, dia kerap ke bengkel suspek untuk menghantar pacuan 4 roda dan lori kecil sejak 13 tahun lalu.

Setiap kali datang bengkel, pelanggan perlu telefon pemilik bengkel dahulu.

Di sini memang banyak anjing dan ada tiga anjing besar dan paling garang milik lelaki itu. Seekor daripada anjing itu tidak diikat dan sentiasa berada di dalam rumah mereka.

“Setiap kali orang asing datang, anjing tersebut akan menyalak dan cuba menakutkan mereka. Hanya lelaki itu sahaja yang boleh mendiamkan anjing itu,” katanya.
0 Komentar untuk "Kes Bunuh, Bakar : Penduduk Setempat Bimbang"

Back To Top