Video CCTV: Ibu Dan Anak Kantoikan Cubaan Ragut

TINDAKAN seorang wanita dan anak perempuannya yang melawan ketika diragut dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menerima pujian netizen di media sosial.
Video CCTV: Ibu Dan Anak Kantoikan Cubaan Ragut

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Malaysia Crime Awarness Campaign, kejadian dikatakan berlaku di Taman Intan Baiduri, Selayang sekitar jam 8 malam, 31 Oktober lalu.




Ibu Dan Anak Kantoikan Cubaan Ragut 

Pada mulanya, mangsa bersama anak perempuannya yang berusia 20-an dilihat sedang meletakkan kenderaan dan ingin pulang ke rumah.

Namun tidak beberapa lama kemudian, muncul dua lelaki bermotosikal dengan salah seorang daripadanya terus merentap beg mangsa tetapi gagal.

Setelah tidak berjaya, peragut dilihat cuba memberi ‘laluan’ kepada rakannya untuk bergelut dengan mangsa namun tetap gagal.

Kedua-dua peragut kemudian lari lintang pukang setelah melihat anak mangsa tampil membantu disusuli kemunculan seorang individu dipercayai suami mangsa.
0 Komentar untuk "Video CCTV: Ibu Dan Anak Kantoikan Cubaan Ragut"

Back To Top