10 Makanan Yang Hanya Boleh Dapati Di Babu Roti Sahaja!

Di kawasan perumahan, sudah menjadi perkara biasa melihat babu roti membawa motosikal sambil membunyikan hon dengan bermacam-macam jenis roti terikat di sekelilingnya.
Pada zaman 90-an, babu roti sangat terkenal di sekitar Kuala Lumpur.
Setiap petang pasti ramai yang menantikan penjual roti ini, bagi mendapatkan roti untuk dijadikan hidangan minum petang.
Ramai yang menyangka, sekarang tiada lagi babu roti. Tetapi sebenarnya mereka masih lagi menabur bakti dan tidak penat untuk membunyikan hon dengan roti-roti yang sama setiap petang.
Jika anda mendengar bunyi motosikal sambil membunyikan hon di kawasan kejiranan anda, pasti anda akan memintanya untuk berhenti untuk mendapatkan 10 makanan ini.
Pasti anda sudah tahu, makanan apakah yang kami maksudkan!
image (1)
Untuk snek
Jika anda rindukan Apollo stick wafers (RM0.40), Nyam Nyam (RM1.20) dan Choki choki (RM1.50), anda tahu, dimana anda perlu dapatkannya.
image (2)
Keropok perisa durian
Masih anda ingat lagi keropok warna kuning perisa durian (RM0.40) di waktu sekolah rendah dulu? Memang sangat sedap.
image (3)
Roti putih kosong
Roti putih original Malaysia (RM1.70) ini, sangat sesuai untuk dibakar dan disapu pandan kaya, yang anda boleh dapati di babu roti.
image (4)
Pop pop
Ingat lagi mercun pop pop (RM0.90 sekotak), yang kini sudah bermacam-macam warna. Sangat seronok jika hendak mengenakan rakan-rakan masa di sekolah dahulu.
image (5)
Kek pisang
Ya, anda boleh mendapatkan di pasar raya, tetapi tidak dapat menandingi kek pisang (RM4.20) yang boleh didapati di depan rumah anda sahaja.
image (6)
Roti Krim
Teringat kembali zaman kanak-kanak dengan roti krim (RM0.70) yang mempunyai tiga perisa iaitu pandan, coklat dan original. Memang terangkat kalau di makan bersama secawan Milo panas.
image (7)
Macdotta
Tidak ada roti manis yang mampu menandingi Macdotta (RM2.20). Rotinya sangat lembut, tidak terlalu manis dan boleh di makan begitu sahaja.Yang paling penting, pembalutnya mempunyau gambar Daisy Duck.
image (8)
Roti Kok
Roti rangup yang dibakar bersama marjerin dan gula (RM2.70) ini memang sangat digemari oleh semua peringkat umur. Memang sangat sedap.
image (9)
Roti Butter
Jika anda suka roti berminyak, roti butter (RM3) memang akan memenuhi citarasa anda.
image (10)
Butter cake
Kek mentega dan marble tanpa pengawet ini (RM7.90), pasti akan menjadi pilihan utama di babu roti.
0 Komentar untuk "10 Makanan Yang Hanya Boleh Dapati Di Babu Roti Sahaja!"

Back To Top