Kucing Comel Ini Digelar ‘Pontianak’ Kerana Keunikannya

Kucing comel yang diberi nama Loki ini menjadi perhatian di medial sosial kerana keunikannya yang mempunyai gigi bertaring seperti pontianak.
Memetik daripada Mirror.uk, keunikan giginya itu menjadikan Loki popular dan juga mempunyai 21,000 pengikut di laman Instagramnya.
cat3
Walaupun rupanya garang disebabkan taring pontinak yang dimilikinya, namun Loki disukai ramai kerana karakternya yang manja.
cat1
Menurut pemiliknya, Kaet, dia tidak tahu rupa kucingnya itu sebelum ini, namun ketika mengambil Loki dari pusat perlindungan haiwan, ternyata ia berbeza dari kucing-kucing lain.
“Keunikan giginya itu menjadikan Loki mempunyai ramai peminat di laman sosial,” katanya.
0 Komentar untuk "Kucing Comel Ini Digelar ‘Pontianak’ Kerana Keunikannya"

Back To Top