Putus cinta adalah mimpi buruk bagi setiap pasangan yang sedang mabuk cinta.
Siapa la yang nak hubungan cinta mereka berakhir di tengah jalan?
Jadi, kepada wanita, ada beberapa perkara yang anda perlu perhatikan jika inginkan hubungan cinta yang berkekalan dan tiada perkataan ‘putus’ keluar dari mulut pasangan.
Sikap tidak ambil peduli
Sikap tidak ambil peduli buatkan lelaki tidak mahu lagi bersama dengan anda. Kalau sibuk pun, hantarla mesej atau pun ambil masa untuk telefon. Bukan kena berkepit 24 jam pun.
Menipu
Menipu adalah musuh besar dalam setiap perhubungan. Kalau anda menipu, anda hanya menyakitkan hati pasangan, dan pasti mereka tidak mahu lagi bersama dengan anda.
Terlalu mengongkong
Wanita tidak suka dikongkong, begitu juga lelaki. Kalau ye pun anda takut pasangan anda curang, tak perlu sampai minta password Facebook atau media sosialnya. Bukan itu caranya. Berikan mereka kebebasan. Mereka bukan banduan tahanan anda.
Minta berlebih-lebihan
Setiap orang pasti ada perkara yang mereka inginkan. Tetapi, jangan meminta lebih dari pasangan. Pasangan anda juga manusia biasa. Lelaki akan angkat kaki kalau anda demandlebih-lebih.
Cakap buruk tentang keluarga mereka
Siapa yang sanggup biarkan keluarga sendiri di burukkan? Sama juga seperti pasangan anda. Jangan sekali-kali bercakap buruk tentang keluarga mereka. Kalau ada masalah pun, bincang dengan baik.
0 Komentar untuk "5 Sikap Ini Buatkan Teman Lelaki Tak Tahan & Minta Putus!"