Ramai wanita tahu lelaki ni memang pandai menipu. Bukan sahaja pandai menipu, mereka juga bijak menyembunyikan perkara tersebut.
Tapi, apa sebabnya lelaki menipu? Ini mungkin antara sebab dan alasan kenapa mereka menipu!
Nak tunjuk mereka lebih bagus
Ni memang selalu jadi. Di sebabkan nak tunjuk ‘gah’ depan perempuan yang mereka suka, mereka akan menipu. Sebagai contoh tipu tentang pekerjaan, harta dan macam-macam lagi.
Menjaga perasaan anda
Ramai lelaki menipu kerana tidak mahu menyakiti anda. Apabila sukakan seseorang, mereka akan lebih sensitif tentang perasaan anda.
Ego tinggi
Ego lelaki sangat tinggi dan menipu mampu memperlihatkan ego mereka. Jadi, ada lelaki yang menipu dan tidak rasa bersalah dengan apa yang mereka lakukan disebabkan ego yang tinggi.
Elak dari masalah
Lelaki akan menipu untuk elakkan dari bergaduh dengan pasangan. Lelaki akan sedaya upaya menipu untuk tidak bermain dalam perang dingin anda, jika anda tahu perkara sebenarnya.
Tidak percaya pada anda
Ada kemungkinan lelaki menipu kerana mereka tidak percaya pada anda. Jika jadi perkara sebegini, pasangan perlu bawa berbincang untuk tahu hala tuju perhubungan.
0 Komentar untuk "Ini Antara 5 Sebab Kenapa Lelaki Menipu!"