Khabar mengejutkan baru saja datang dari Avril Lavigne dan suaminya, Chad Kroeger. Setelah menjalani rumah tangga selama 2 tahun, pasangan ini akhirnya memutuskan untuk bercerai.
Memetik kenyataan dari Daily Mail, berita ini disampaikan oleh Avril melalui sebuah gambar yang baru saja dimuatnaik di Instagram. Gambar saat mesra mereka ketika berkahwin pada 1 Julai 2013 lalu.
Caption yang ditulis oleh penyanyi berasal dari Kanada ini cukup untuk menggambarkan betapa sedihnya Avril terhadap kemusnahan rumah tangganya dan keputusan untuk bercerai adalah keputusan yang berat.
"Hari ini adalah hari yang sangat berat bagi Chad dan saya untuk mengumumkan perpisahan kami. Bukan hanya dalam pernikahan, di dunia muzik juga kami mempunyai begitu banyak saat yang tak akan dilupakan. Kami masih dan terus akan menjadi sahabat, dan saling mengambil berat satu sama lain. Untuk semua keluarga, teman, dan peminatku, terima kasih banyak atas sokongan anda," tulisnya.
Ramai peminat yang menghormati keputusan Avril dan Chad kerana mereka adalah pasangan yang sangat romantis dan juga serasi.
bagaimanapun, ini bukan kali pertama Avril dan Chad dilanda isu perceraian. Di tahun 2014 lalu, kedua-duanya dikatakan bertengkar sehingga Chad tak lagi memakai cincin kahwin.
0 Komentar untuk "Avril Lavigne dan Chad Kroeger kini bercerai"