Oleh
Unknown
Thursday, September 3, 2015
Tidak lama dahulu kita dikejutkan dengan khabar kononnya pelakon komedi Mr Bean memeluk Islam dan ternyata ia adalah tidak benar.
Kali ini kita dikejutkan pula dengan bintang WWE Undertaker yang dikatakan telah memeluk Islam dan memilih nama Mohammad Ismail sebagai nama Islam. Namun,persoalannya adakah dia betul-betul telah memeluk Islam.
Isu mengenai Undertaker ini sebenarnya sudah lama timbul pada 2011 setelah sekeping gambar beliau berjabat tangan dengan seorang lelaki Muslim(tak pasti negara mana) di dalam sebuah kapal terbang tersebar meluas tetapi muncul semula pada 2014.
Daripada sumber dan carian yang saya lakukan, 90% menyatakan berita ini hanyalah palsu dan Undertaker tidak memeluk Islam. Memang tidak dinafikan bahawa semakin ramai selebriti antarabangsa yang sudahpun mula mengenali Islam yang sebenar. Cuma kita yang sememangnya sudah Islam ini tak perlulah terlalu cepat percaya dan terus sebarkan sesuatu yang kita belum pasti benarnya.
Jika benar Undertaker memeluk Islam, Alhamdulillah kita sudah ada saudara baru yang mempunyai nama yang cukup gah dimata dunia. Sama-samalah kita berdoa agar Allah membuka pintu hati 'pengali kubur' ini untuk memeluk Islam.

0 Komentar untuk "Benarkah Undertaker memeluk Islam??"