David Beckham Tidak Puas Hati Dikritik Kerana Masih Beri Anak Puting

Ikon bola sepak terkenal, David Beckham, kurang senang dengan kritikan dari beberapa pihak terutamanya media tentang caranya mendidik dan membesarkan anak-anaknya.
Dipetik daripada The Guardian, perkara tersebut diluahkan melalui laman Instagramnya, berikutan laporan media tabloid yang mengkritiknya kerana masih membenarkan anak perempuannya, Harper Seven, menghisap putih.
Jelas Beckham, dia tidak faham mengapa orang luar begitu mudah mengkritik dan menghakimi ibu bapa tanpa mengetahui situasi sebenar.
4000
“Sesiapa yang mempunyai anak lebih tahu ada masanya kita tidak ada pilihan lain untuk membuatkan anak rasa selesa apabila mereka tidak sihat dan selalunya, anak-anak akan selesa apabila diberikan puting,” jelas Beckham.
Sebelum ini, laporan sebuah tabloid di Britain ada menyebut, sepatutnya pada usia empat tahun, Harper tidak lagi memerlukan puting.
Laporan tersebut turut menyatakan tabiat memberi puting secara berterusan akan memberi masalah kepada kanak-kanak dari segi masalah percakapan dan pergigian.
0 Komentar untuk "David Beckham Tidak Puas Hati Dikritik Kerana Masih Beri Anak Puting"

Back To Top