Disebabkan Bukan Muhrim, Bapa Larang Lelaki Selamatkan Anaknya

Di Dubai, kerana tidak sanggup menanggung malu jika tidak dapat menjaga maruah anaknya, seorang bapa menolak pertolongan pengawal pantai yang ingin menyelamatkan anak perempuannya yang sedang lemas.
Alasan bapa tersebut yang tidak mahu pengawal pantai di situ menyelamatkan anaknya adalah kerana mereka bukan muhrim.
Akibat keengganan bapa tersebut, anak perempuannya yang berusia 20 tahun mati lemas begitu sahaja.
“Ini merupakan salah satu insiden mengerikan yang terjadi sepanjang sejarah kerjaya saya,” ujar Timbalan Pengarah Polis Dubai Leftenan Kolonel Ahmed Burqibah.
Ahmed berkata, kejadian tidak dapat dilupakan itu amat menyedihkan. Bapa gadis tersebut terlalu menjaga anak gadisnya dan tidak mahu di sentuh oleh orang bukan muhrim.
Tambahnya lagi, demi untuk menyelamatkan orang yang dalam kesusahan, tidak seharusnya memikirkan soal muhrim atau tidak.
beach
“Apa yang penting ialah keselamatan gadis tersebut,” katanya.
Gadis malang itu menjerit kerana tidak mampu berenang akibat ombak pantai yang besar. Bapanya hanya terdiam melihat anaknya tenggelam.
Dua pengawal pantai yang menyaksikan kejadian tersebut bergegas untuk membantu, tetapi dihalang oleh bapa gadis tersebut.
Bapa kepada gadis itu turut memberitahu, dia lebih suka anak perempuannya mati daripada menanggung malu jika anaknya disentuh oleh mereka yang bukan muhrim.
Ahmed berkata lagi, bapa kepada gadis tersebut sudah pun ditangkap dan akan didakwa.
0 Komentar untuk "Disebabkan Bukan Muhrim, Bapa Larang Lelaki Selamatkan Anaknya"

Back To Top