“Dismaland” Taman Tema Paling Pelik Di Dunia

Bila kita dengar je tentang taman tema, pasti kita terbayangkan tempat yang menyeronokkan dan cantik. Tetapi berbeza dengan taman tema yang menyeramkan ini.
Taman tema yang diberi nama ‘Dismaland’ ini, bakal di buka di Britain.
Taman pelik ini diasaskan oleh seorang pelukis bernama Banksy yang identitinya sehingga kini tidak pernah diketahui
night
Taman tema ini dibuka adalah untuk menghimpunkan karya pelik dari pencipta seni seluruh dunia. Apa yang pasti, taman tema ini tidak sama dengan Disneyland kerana tiada imej Mickey Mouse.
“Saya melarang imej Mickey Mouse di lokasi itu kerana hanya mahu mengetengahkan bakat yang lain daripada yang lain,” katanya.
disma-1
Bansky menegaskan ‘Dismaland’ bukan sekadar taman tema tetapi lebih kepada pameran seni jalanan.
Di pintu utama, pengunjung dapat melihat Istana Cinderella yang hangus dijilat api.
disma-2
Satu lagi pameran menunjukkan pelarian di dalam bot yang boleh dimainkan keliling kolam dan dua gergasi besi menari balet.
Banksy menggambarkan ‘Dismaland’ sebagai tempat untuk meraikan kesenian dan keseronokan, namun mengakui ramai mungkin tidak faham dengan tema yang diketengahkan.
disma-11
disma-8
Tidak ketinggalan, kenderaan digunakan polis antirusuh di Ireland Utara dilihat separuh tenggelam dalam kolam renang.
whale-new
Selain karya dari 50 artis dari 17 negara, Dismaland turut mempamerkan 10 karya dihasilkan Banksy sendiri yang sudah semestinya sesuai dengan sifatnya yang gemarkan kontroversi dan kepelikan.
pano-1
0 Komentar untuk "“Dismaland” Taman Tema Paling Pelik Di Dunia"

Back To Top