Tidak Tahan Dengan Tuan Rumah, Gadis Ini Tinggal Dalam Kereta Api

Ketika semua orang sudah turun dari kereta api, gadis yang berasal dari Jerman, Leonie Muller masih ada lagi dalam gerabak kerana itulah rumahnya.
Pelajar berusia 23 tahun ini memutuskan untuk tinggal di dalam kereta api kerana tidak tahan dengan tuan rumah tempat dia menyewa.
Leonie-Muller (2)
“Semuanya bermula dengan pertikaian saya dengan tuan rumah,” ujarnya kepadaWashington Post.
“Saya serta-merta membuat keputusan saya tidak mahu tinggal di sana lagi dan saya sudah serik untuk menyewa rumah lagi.”
Müller membayar £ 240 (RM1176) untuk pas bulan selama sebulan untuk ke seluruh tempat, manakala bayaran rumah sewanya sebelum ini ialah £ 290 (RM1422).
Leonie-Muller (1)
Dia juga membawa segala keperluan hariannya seperti pakaian, komputer riba, buku dan kelengkapan mandi.
“Saya benar-benar berasa seperti berada di rumah dan boleh berjumpa dengan ramai rakan serta melawat bandar-bandar. Rasa seperti bercuti sepanjang masa.
Leonie-Muller
Penghantaran pizza khas untuknya di stesen kereta api
“Saya ingin memberi inspirasi kepada kepada orang lain yang selalu mengeluh walaupun hidup senang,”katanya lagi.
Rakan-rakan dan teman lelakinya mengganggap Muller tidak suka susahkan orang lain, walaupun tahu kehidupannya sangat mencabar apabila tidak mempunyai tempat tinggal.
0 Komentar untuk "Tidak Tahan Dengan Tuan Rumah, Gadis Ini Tinggal Dalam Kereta Api"

Back To Top