Tidak Mahu Berpisah, Lelaki Ini Intip Teman Wanita Melalui Loteng

Seorang wanita bernama Marie Wright telah bercinta dengan seorang lelaki, Alexander Cooper, selama lima bulan.
Namun, hubungan mereka tidak seindah yang disangka dan Marie meminta agar teman lelakinya keluar dari rumah buat sementara waktu untuk memberikannya sedikit ruang.
Apa yang mengejutkan ialah teman lelakinya itu tidak keluar dari rumah. Semasa Marie tiada dirumah, Cooper menyelinap masuk dan tinggal di loteng rumahnya.
ad_178831247-e1440428473718
Sewaktu Marie memintanya untuk keluar dari rumah, teman lelakinya itu enggan berbuat demikian dan selepas beberapa minggu, Marie terpaksa menghalaunya keluar.
Selepas beberapa hari teman lelakinya meninggalkan rumah, Marie mendapati perkara pelik telah terjadi seperti banyak makanan yang hilang dan juga alas tempat tidur.
creepy-ex-boyfriend-hides-in-loft (2)
Lebih mengejutkan apabila terdapat tanda cap jari pada pintu loteng rumahnya.
Tetapi Marie rasa curiga terhadap Cooper selepas wangnya hilang dari akaun dan rakan serumahnya membuat keputusan untuk memeriksa loteng itu.
Amat mengejutkan apabila mereka menemui katil buatan sendiri berserta selimut dan juga bantal dari rumah mereka.
creepy-ex-boyfriend-hides-in-loft06_23202822_b73f65_2460564a
Secara terang-terangan, beg pakaian Cooper juga turut berada disitu.
Marie terus melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Cooper juga mengaku bahawa dia mengambil kad kredit teman wanitanya untuk melangsaikan hutang.
PAY-Marie-Wright
Akibat daripada itu, Cooper di jatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan.
“Semuanya salah saya kerana terlalu percaya pada dia. Lebih teruk dia adalah teman lelaki saya.
0 Komentar untuk "Tidak Mahu Berpisah, Lelaki Ini Intip Teman Wanita Melalui Loteng"

Back To Top