Susulan kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Sabtu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini memaklumkan mengenai nazarnya yang mana akan menderma sebanyak RM1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di Johor.
JDT juara Piala AFC, Sultan Johor bayar Nazar derma RM1juta kepada anak yatim |
Sultan Ibrahim juga menyatakan bahawa anakandanya Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut bernazar sekiranya JDT memenangi piala AFC.
“Tunku Mahkota Johor kata dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di negeri Johor.
“Dan saya (Sultan Johor) sendiri pula dah bernazar untuk menderma sebanyak RM 1 juta kepada rumah-rumah anak yatim di Johor,” tulisnya dalam entri tersebut.
Selain itu, baginda turut berkongsi detik-detik gembira ketika JDT dinobatkan sebagai juara piala AFC pada Sabtu lalu.
Menurutnya, baginda berkesempatan menghubungi TMJ untuk mengucapkan tahniah kepadanya.
“Sebaik saja kita memenangi perlawanan akhir AFC, saya telah membuat panggilan telefon kepada anakanda saya, Tunku Mahkota Johor, untuk mengucapkan tahniah kepadanya.
“Dia terlalu emosional dan menangis, tetapi tangisan yang gembira. Dia memang begitu gembira.
“Memang, kalau boleh, dia hendak berada bersama-sama pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini, tetapi dia terikat dengan janji yang dibuat terdahulu,” titah baginda lagi.
Dalam entri yang sama baginda turut berterima kasih kepada semua penyokong setia pasukan JDT.
“Bila Tunku Mahkota balik ke Johor pada 18hb November nanti, InsyaAllah, piala AFC akan dipamerkan ke semua daerah di negeri Johor, supaya rakyat Johor dapat melihat piala itu.
“JDT adalah milik Bangsa Johor. Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu dan doa dari anda semua,” kata baginda.
Terdahulu, JDT berjaya menumpaskan FC Istiklol, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe di Tajikistan sekaligus menjadikan pasukan pertama dari Malaysia yang memenangi piala tersebut.
0 Komentar untuk "JDT juara Piala AFC, Sultan Johor bayar Nazar derma RM1juta kepada anak yatim"