Rome: Tanah perkuburan hijau, adalah satu konsep baru pelik yang telah cuba diketengahkan oleh dua orang warga Itali ini, iaitu menjadikan mayat yang ditanam sebagai sumber baja.
Dua orang pencipta ini Anna Citelli dan Raoul Bretzel, dikatakan telah memperkenalkan konsep ‘Capsula Mundi’ iaitu program radikal bertujuan ‘merealisasikan tanah perkuburan hijau’ yang tidak lagi dipenuhi batu nisan sebaliknya hutan dipenuhi pokok rimbun.
“Kematian satu proses dipenuhi misteri, namun pasti dilalui semua orang. Ia bukan sekadar upacara teknikal.
“Capsula Mundi dapat melindungi pokok dan menambah jumlahnya sehingga mewujudkan hutan.
“Ini seterusnya membolehkan kanak-kanak belajar mengenai pokok selain tempat indah untuk memperingati yang tersayang,” kata laman web mereka.
0 Komentar untuk "Tanah Perkuburan Hijau, Tanam Mayat Untuk Dijadikan Baja"